Categories
SEO Marketing

Kajian Keyword untuk dapatkan potensi 10k peluang pembeli

Saya kongsikan secara ringkas bagaimana boleh lakukan Kajian Keyword untuk dapatkan potensi 10k peluang pembeli untuk setiap produk anda. Cara kajian keyword ini boleh digunakan untuk produk clickbank, amazon, jvzoo, atau apa-apa produk fizikal anda.

Pada awalnya saya tidak berniat untuk kongsikan secara terbuka kepada pembaca blog kerana saya ingin meletakkan harga untuk teknik kajian keyword ini. Tetapi saya berubah fikiran dan kongsikan kepada anda.

Jika saya mohon untuk anda like Artikel ini sebagai ‘Harga’ kepada teknik ini, ada yang sudi atau tidak?

Baiklah, saya telah katakan perkongsian ini ringkas. Teknik ini anda boleh terus aplikasi kan untuk produk anda.

Pertama sekali ini adalah berkaitan dengan SEO Marketing. Oleh itu, SEO sangat perlu kepada keyword research / kajian keyword untuk mengetahui keyword atau kata kunci apa yang perlu anda gunakan bagi produk anda.

Saya tunjukkan contoh screenshot step by step yang telah saya lakukan, anda hanya perlu ‘copy paste’ sahaja cara ini.

Cara buat kajian keyword

1. Sila ke news.google.com dan akan keluar paparan seperti ini

Kajian keyword google news

2. Taipkan carian “announced” untuk melihat apakah produk paling baru diumumkan kepada dunia.

keyword announced kajian kata kunci

3. Sebagai contoh saya memilih produk ini “Acer C720-2848 Chromebook announced for $199” yang baru sahaja diumumkan akan keluar dengan harga sekitar RM600.

acer c720-2848 chrome book diumumkan dengan harga murah

4. Pilih keyword tersebut dan anda boleh rank baik dengan keyword yang baru diumumkan.

 

Siap. Teknik ini sangat berkesan dan anda boleh buat terus kepada produk lain juga, sebab apa?

Produk ini baru sahaja diumumkan 31 minit lepas dan ketika artikel ini sedang saya tulis. Secara automatiknya untuk keyword Acer C720-2848 Chromebook tidak digunakan lagi oleh mana-mana pemain SEO ataupun penjual internet.

Jadi, mengapa anda tidak menggunakan peluang untuk mengambil kata kunci ini dan terus rank dalam blog atau website anda, dan memberi kelebihan jika dirank dalam blog niche Tech atau Gadjet.

Senang kata, keyword / kata kunci ini adalah dalam kategori Low Competition + Exact Search = 1st Page Google.

Saya tidak mahu panjangkan artikel ini, sebarang penambahbaikan atau pertanyaan boleh terus ajukan di ruangan komentar dibawah. Jumpa dibawah. Harap maklum.

By Muaz Faris

Digital Marketer Expert - Konsultan Pemasaran Online

6 replies on “Kajian Keyword untuk dapatkan potensi 10k peluang pembeli”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *