Categories
Blog Marketing

Mudahkan Pembaca Blog untuk Komen

Salam dan apa khabar semua..?

Terlintas dalam benak pemikiran untuk kongsikan kepada pembaca sekalian mengenai salah satu teknik pemasaran blog yang ramai terlepas pandang.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh penulis blog termasuk saya sendiri adalah :

  1. Tiada komen
  2. Tiada interaksi anda penulis dan pembaca
  3. Tidak nampak isi penulisan anda ada nilai di mata pembaca

Saya juga penulis blog seperti anda dan mungkin kita boleh berbincang mengenai perkara ini dengan lebih mendalam.

Saya mempunyai banyak blog dan telah mencuba pelbagai teknik dan strategi. Antara blog saya adalah MuazFaris.com , Perubatan.my , MuazFaris Blogspot dan pelbagai lagi.

Ok.

Dalam penulisan blog, kita akan ada Headline, Sub Headline, Introduction, Content, Summary, dan Ending. Secara kasarnya memang itu antara yang biasa ada dalam sebuah blog.

Saya nak kongsikan TEKNIK untuk anda Mudahkan Pembaca Blog untuk KOMEN.

Tetapi sebelum itu, pastikan Headline, content dan ending ini sangat bermanfaat untuk pembaca blog anda ataupun paling penting ada proses ‘learning’ di dalam penulisan tersebut.

Seperti contoh, dalam entri ini saya ingin kongsikan salah satu teknik yang telah digunapakai oleh ramai blogger, dan setelah tamat pembacaaan dalam entri..saya mengharapkan pembaca akan belajar sesuatu.

Selesai yang itu terlebih dahulu sebelum kita ke proses pembaikan dalam entri tersebut.

Seterusnya, yang paling penting adalah anda “tweak” sedikit cara penulisan di akhir entri anda.

Ini psikologi pembaca.

  • Mereka suka membaca entri anda
  • Mereka paham penulisan anda
  • Mereka dapat proses ‘learning’ dalam tulisan anda

Tetapi setelah akhir pembacaan mereka ibarat seperti “kehilangan TALI”, dan cara terbaik adalah anda tarik semula meraka kepada apa yang perlu mereka (pembaca) fokuskan.

Dengan kata lain, MUDAHKAN PEMBACA BLOG UNTUK KOMEN dengan berikan:

  1. Ringkasan (Summary) tentang keseluruhan entri anda
  2. Berikan Call To Action yang jelas

Contoh:

Entri saya kali ini adalah mengenai Masalah atau Cabaran Blogger untuk memastikan pembaca setia mereka sudi komen di entri mereka. Oleh itu, saya berikan cara dan solusi dengan memudahkan pembaca blog untuk komen. Kita boleh buat cara A dan berjaya atau cara B untuk lagi mudah.

Jadi, apa pendapat anda pula…?

 

Adakah anda nampak contoh di atas..?

Contoh dan skrip ini telah ramai blogger gunakan dalam penulisan mereka, dan anda boleh mulakan teknik dan strategi ketika menulis.

Saya harap penulisan saya kali ini membantu dalam pemasaran blog anda. Saya tiada masa yang banyak, jika ada apa apa pertanyaan boleh terus tinggalkan diruangan komen. Kita boleh bincang .. Jangan risau 🙂

By Muaz Faris

Digital Marketer Expert - Konsultan Pemasaran Online

3 replies on “Mudahkan Pembaca Blog untuk Komen”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *