Tambah Admin atau General User ke Akaun FB Ads anda
Bagaimana cara untuk tambah admin atau General User ke Akaun Fb Ads anda? Saya akan tunjukkan di sini langkah-langkah mudah untuk anda memasukkan ahli atau rakan facebook untuk sama-sama boleh buat tetapan di dashboard admin fb ads.
Cara ini sama seperti anda menambah admin atau content creator untuk Fanpage yang anda miliki, tetapi disebabkan Akaun FB Ads ini melibatkan nilai duit, maka Facebook pun lebih memberikan perhatian terhadap tetapan keselamatan di situ.
Langkah-langkah Mudah
1. Layari akaun FB Ads anda di sini – (https://www.facebook.com/ads/manage/) kemudian anda pilih “Settings” atau tetapan. Rujuk gambar di bawah.
2. Untuk menjadi tahap keselamatan akaun fb ads anda, Facebook akan minta untuk anda isi Password Facebook Personal, masukkan password anda. Rujuk gambar rajah di bawah.
3. Anda boleh ‘scroll’ sehingga menjumpai tetapan untuk ‘Ad Account Roles’, kemudian pilih “ADD A USER”. Nampak tak? Ini adalah contoh Admin atau General User yang telah saya tambah untuk akaun facebook personal “Muaz Faris II”
A : Butang + Add A User
B : Profile Akaun Facebook
C : Admin, General User atau Ad Report (Level Akaun)
4. Anda akan nampak ‘pop up’ akan muncul setelah anda memilih untuk menekan“Add A User” tersebut. Sekarang anda boleh masukkan akaun facebook anda inginkan dan pilih “Admin, General User, atau Report Ads”. Rujuk gambar rajah di bawah.
*Jika anda tidak “friends” lagi dengan akaun yang ingin anda tambah tersebut, anda perlu menggunakan alamat EMEL.
5. [LIVE] Sekarang ini yang apa yang akan dapat selepas membuat 4 Langkah mudah di atas untuk menambah bilangan akaun admin atau general user di fb ads akaun. Jika anda sebarang sebarang permasalahan, sila komen dibawah.
Semoga tutorial langkah demi langkah tentang cara tambah admin atau general user di akaun fb ads anda terjawab. Andaikata masih tak jelas, saya akan cuba membuat VIDEO STEP by STEP. Sila respon di bawah jika saya perlu buat video.
Terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.
ohh..admin kedua terus gambar perempuan ehhh.. haha
nampak macam sepi ja blog